22|Dua Puluh Dua.

0 comments

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.

21|Dua Puluh Satu.

0 comments

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

20|Dua Puluh.

0 comments

"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanKu. Mereka, jika melihat tiap-tiap ayatKu, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya". al-'Araf, 7:146

Penyedap halwa telinga: Bila Aku Sudah Tiada - Hujan

19|Sembilan Belas

0 comments

Jerusalem di dalam al-Quran muncul pada waktu kritikal ketika moral kaum Muslim berada di tahap yang paling rendah. Pencerobohan Tanah Suci oleh golongan Yahudi yang tidak berkesudahan menyebabkan orang Islam memohon kepada Tuhan sebagaimana dilakukan oleh saudara mereka semasa dihukum oleh golongan kafir Mekah. 

Penyedap halwa telinga: Insya Allah - Maher Zain

18|Lapan Belas.

0 comments

Zikir-zikir sahaja jatuhkah rezeki dari langit? Walau apa yang kita lakukan jika tidak berusaha tidak akan menjadi apa-apa. Tawakal adalah perkara yang berkaitan tentang masalah akidah. Meyakini Sang Pencipta, iaitu  Allah S.W.T, sebagai satu-satunya tempat bergantung bagi setiap Muslim ketika berharap suatu manfaat dan menghindari daripada kemudaratan. Orang yang mengingkari perkara ini bererti dia kafir. Setiap hamba wajib bertawakal hanya kepada Allah S.W.T. dalam segala urusannya. Tawakal ini termasuklah di dalam hati, iaitu jika seorang hamba mengucapkannya tapi tidak meyakini dengan hatinya, maka ia tidak dianggap sebagai seorang yang bertawakal. Jika seorang hamba mengingkari dalil-dalil kewajipan untuk bertawakal yang bersifat qath’i (pasti), maka ia telah menjadi orang kafir. 

Tawakal kepada Allah tidak sama dengan hukum perbuatan ketika beramal (al-akhdzu bil asbab). Ini kerana, ia adalah dua perkara yang berbeza. Dalil-dalilnya juga berbeza. Rasulullah S.A.W. senantiasa bertawakal kepada Allah S.W.T., dan pada waktu yang sama baginda juga beramal dengan berpegang kepada hukum sababiyah. Baginda telah memerintahkan kepada para sahabat agar melakukan kedua perkara tersebut, baik yang ada di dalam al-Quran atau al-Hadis. Misalnya baginda telah menyiapkan kekuatan yang mampu dilakukan, seperti menutup sumur-sumur semasa perang Badar dan menggali parit semasa perang Khandak. Baginda pernah meminjam baju besi daripada Sofwan untuk berperang, mengirim pengintip, memutuskan air dari Khaibar, dan mencari maklumat tentang kaum Quraisy ketika peristiwa fathul Makkah. Baginda juga memasuki Makkah dengan mengenakan baju besi. Di samping itu, baginda juga pernah melantik beberapa orang sahabat sebagai pengawal peribadinya.

Penyedap halwa telinga: Turning Tables - Adele

17|Tujuh Belas.

0 comments

Aku seorang anak Kedah yang telah hidup selama 20 tahun di Selangor. Walaupun aku telah lama menetap di negeri orang namun di hati ku, Kedah tetap kurindui. Setiap kali tiba hari lebaran, kami sekeluarga akan pulang ke sana. Menyambut bersama-sama dengan sanak saudara dan sahabat handai. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Penyedap halwa telinga: The Show - Lenka

16|Enam Belas.

0 comments

Apabila menyebut soal kahwin, lelaki mana yang tidak melirik senyumannya. Jika si dara jelita sejak kecil sudah berangan hiasan apa yang bakal di pakai, rekaan pelamin dan gaun pengantin rekaan pereka mana yang mesti di pakai. Berbeza pula dengan kaum lelaki, impian berumahtangga ada yang telah berputik semenjak selepas akil baligh. Masa itulah kita sudah berangan-angan mahu isteri yang cantik lagi seksi seperti bintang pujaan masing-masing. Paling penting sudah berangan-angan mereka letak aksi-aksi hebat di malam pengantin. Memilih isteri bukan terlalu bersandarkan rupa atau bentuk tubuh tetapi kesepakatan, bekerjasama dan keikhlasan dalam berkongsi kasih sayang. Bagai pinang dibelah dua.

Penyedap halwa telinga: Selamat Pengantin Baru - Saloma

15|Lima Belas.

1 comments

Menghisap rokok sama ertinya dengan memasukkan racun-racun ke dalam rongga mulut dan paru-paru. Merokok bukan sahaja menganggu kesihatan, malah sudah terbukti akibat buruk bakal dihadapi, baik secara langsung atau tidak langsung sangat merugikan. Jika diperhatikan biarpun pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan, perokok tegar ini masih lagi leka. Bukan itu sahaja, saban hari jumlah perokok semakin bertambah. Adakah merokok ini dikaitkan dengan gaya ataupun ego? Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Penyedap halwa telinga: I Havent Even Heard You Cry - Aaron Lines

14|Empat Belas.

0 comments

Kita gembira apabila berjaya mencapai KPI dan mendapat pencapaian tinggi dalam penilaian prestasi di pejabat. Kita bangga apabila beroleh kepercayaan majikan dan mendapat kenaikan pangkat dalam syarikat. Kita juga pasti tersenyum riang apabila mendapat tahu anak-anak berjaya dalam peperiksaan. Malah kita tersengih lebar sehingga ke telinga apabila dipuji oleh orang tersayang.

Sebaliknya kita rasa sedih apabila gagal memenuhi tuntutan KPI yang ditetapkan oleh majikan. Malah kita sampai boleh jadi resah apabila anak isteri diuji dengan kesakitan dan kesusahan. Begitu juga kadangkala kita rasa sedih dan malang apabila pencapaian kita tidak seperti yang diharapkan berbanding kawan-kawan kita. Namun pernahkah kita menangis kerana tertinggal solat? Pernahkah kita rasa marah apabila anak-anak atau ahli keluarga meninggalkan solat kerana sengaja atau tidak sengaja? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Penyedap halwa telinga: Vanilla Twilight - Owl City

13|Tiga Belas.

0 comments

Dalam dunia yang dilingkari arus kemodenan ini, tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial turut menghambat masyarakat, maka wujudlah kes pembuangan bayi yang kian meningkat saban hari. Hal ini satu pembaziran terhadap sumber manusia atau sumber tenaga kerja bagi membangunkan negara kita. Secara  tidak langsung, masalah ini menyebabkan dasar kependudukan yang diutarakan pada zaman pentadbiran Perdana Menteri yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Muhammad tidak kesampaian bagi mencapai jumlah penduduk optimum  menjelang 2020. Kes pembuangan bayi umpama penyakit barah yang perlu diatasi dengan segera. 

Penyedap halwa telinga: Up All Night - Deric Ruttan

12|Dua Belas.

0 comments

Politik! Aku benci dengan politik. Keji, kotor dan berpuak-puak. Adakah sistem demokrasi di dunia sekarang dilaksanakan dengan tulus? Apa sudah jadi dengan sistem beraja yang banyak diamalkan di negara timur tengah. Sistem yang macam mana diperlukan oleh manusia. Demokrasi atau beraja? Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Penyedap halwa telinga: Warisan - Sudirman

11|Sebelas.

0 comments

Mari kita membaca! Membaca jambatan ilmu. Tetapi tidak semua buku yang ada dipasaran sesuai dengan kita. Ini kerana, ada sesetengah buku untuk 18 tahun keatas. Ada juga sesetengah buku tidak dijual tetapi diberikan secara percuma. Cuba elakkan menerima buku yang diberikan secara percuma kerana mungkin ada udang disebalik batu. Terutama jika anda seorang muslim. 

Penyedap halwa telinga: Fatamorgana - Hijjaz

10|Sepuluh.

0 comments

Masa berjalan dengan pantas sehingga membuatkan aku mati kutu seketika. Sekarang bukanlah masa untuk aku membuang masa dan bersuka-ria. Sekarang adalah masa untuk aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Penyedap halwa telinga: Tapi Bukan Aku - Kerispatih

9|Sembilan.

0 comments

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Tidak semua perkara kita perlu hebahkan kepada orang lain. Cukup sekadar untuk pengetahuan sendiri. Takut di kemudian hari diri sendiri dihina dan dikeji seolah-olah membuka pekung di dada.

Penyedap halwa telinga: Percaya Padaku - Ungu

8|Lapan.

0 comments

Pelangi! Pekik aku di dalam hati. Petang itu aku sungguh bertuah kerana sang pelangi sudi menampakkan cahayanya yang berwarna-warni itu yang kelihatan melengkung di udara. Pelangi hadir bersama gerimis setelah cahaya sang mentari dibias oleh gerimis. Maka, terhasil tujuh warna yang cantik di ufuk antaranya adalah ungu, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.

Penyedap halwa telinga: Biarkan Jatuh Cinta - ST 12

7|Tujuh.

0 comments

Tak sungguh seluang melaut, akhirnya ke tepi juga. Sebagai seorang manusia, seorang anak mahupun seorang ketua keluarga. Kita seharusnya mengutamakan keluarga. Keluarga adalah suami isteri serta anak-anak. Keluarga adalah segala-galanya di dunia ini. Selama hayat dikandung badan, kita wajib menghormati mereka, mengasihani mereka seperti mereka mangasihani kita serta membalas budi dan jasa baik mereka.

Penyedap halwa telinga: Someone Like You - Adele

6|Enam.

0 comments

Sudah menjadi resam hidup jika ingin ke sesuatu tempat aku akan memandu. Tetapi sekarang, aku lebih selesa menaiki kereta api. Di Malaysia, perkhidmatan kereta api dikendali sepenuhnya oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sejak 1885. 

Zaman beredar, musim berubah. Aku percaya, dahulu kereta api telah menjadi pengangkutan utama di Malaysia. Namun kini, ia hanya dijadikan pengankutan untuk orang seperti aku sahaja. Ini kerana, kebanyakkan orang telah mempunyai kereta sendiri.

Penyedap halwa telinga: Fatwa Pujangga - Syarifah Aini

5|Lima.

0 comments

Aku terkejut dan sedih setelah mengetahui perjalanan hidup Allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih atau lebih dikenali dengan nama P. Ramlee. Siapa yang tidak tertawa apabila melihat jenakanya? Siapa yang tidak asyik apabila mendengar lagu-lagunya? Siapa yang tidak sedih apabila melihat lakonan menyayat hatinya? Siapa yang tidak terpana dengan filem arahannya?

Ramai yang tidak tahu akan perjuangannya yang penuh liku dan ranjau. Rata-rata cuma mengetahui apakah filem yang dilakonkan dan diarahkannya ataupun lagu yang didendangkannya. Harimau mati meniggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama. 

Penyedap halwa telinga: Jangan Tinggal Daku - P. Ramlee

4|Empat.

0 comments

Masih ingatkah kita dengan insiden runtuhan bangunan kebanggaan Amerika iaitu World Trade Centre yang terletak di New York City? World Trade Centre keseluruhannya mempunyai tujuh bangunan termasuk menara berkembar sebagai mercu tanda New York City. Bangunan-bangunan tersebut telah dibina dari tahun 1968-1987 dan dirasmikan pada 1973. Ketika dirasmikan, menara 3, 4, 5, 6 dan 7 masih didalam pembinaan. 

Malangnya pada 11 September 2001, World Trade Centre telah dirempuh oleh dua pesawat menyebabkan kedua-dua bangunan tersebut terbakar seterusnya runtuh menyembah bumi. Amerika percaya dalang disebalik perbuatan tersebut adalah pertubuhan al-Qaeda yang diketuai oleh Osama bin Laden. 

Rentetan selepas peristiwa tersebut, presiden Amerika ketika itu George W. Bush telah memulakan kempen membanteras keganasan di seluruh dunia dimana Afghanistan telah ditawan oleh tenteta Amerika dan sekutunya. Persoalannya, adakah ini yang mahu lihat? Seolah kebenaran dihujung lidah di Afghanistan.

Penyedap halwa telinga: Tonight Tonight - Hot Chelle Rae

3|Tiga.

0 comments

Sedang leka melihat pemandangan sekeliling disebalik cermin kereta, aku terkinjat dengan jerit pekik pemandu disebelah. Rupa-rupanya dia sedang memarahi kereta di hadapan kerana memandu terlalu perlahan. Mungkin orang tua, fikirku. Setelah diamati, pemandu tersebut sedang memangku anak kecil di ribanya. Perbuatan yang sangat bahaya, ujarku. Ingat, asahlah senjata sendiri dan orang lain ketika memandu.

Penyedap halwa telinga: You Are Cute - After School

2|Dua.

0 comments

Orang karam di laut, aku karam di darat. Teringat zaman silam, jika berdepan dengan masalah aku akan hening cipta seketika. Cuba mewujudkan dunia sendiri untuk berfikir dengan waras seterusnya mengambil tindakan yang betul.

Penyedap halwa telinga: Chasing Pavements - Adele

1|Satu.

0 comments

Aku sedang kacau hati dengan apa yang sedang terjadi sekarang. Samar muka, aku terjaga daripada tidur. Kenapa dan mengapa jangan di tanya kerana aku tiada jawapan untuk pertanyaan itu. Yang pasti, aku harus cari  idea bagaimana untuk menanganinya.

Penyedap halwa telinga: Cinta Sampai Disini - d'Masive

 
  • kacaufikiran © 2012 | Designed by Designer Link, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes