18|Lapan Belas.

Zikir-zikir sahaja jatuhkah rezeki dari langit? Walau apa yang kita lakukan jika tidak berusaha tidak akan menjadi apa-apa. Tawakal adalah perkara yang berkaitan tentang masalah akidah. Meyakini Sang Pencipta, iaitu  Allah S.W.T, sebagai satu-satunya tempat bergantung bagi setiap Muslim ketika berharap suatu manfaat dan menghindari daripada kemudaratan. Orang yang mengingkari perkara ini bererti dia kafir. Setiap hamba wajib bertawakal hanya kepada Allah S.W.T. dalam segala urusannya. Tawakal ini termasuklah di dalam hati, iaitu jika seorang hamba mengucapkannya tapi tidak meyakini dengan hatinya, maka ia tidak dianggap sebagai seorang yang bertawakal. Jika seorang hamba mengingkari dalil-dalil kewajipan untuk bertawakal yang bersifat qath’i (pasti), maka ia telah menjadi orang kafir. 

Tawakal kepada Allah tidak sama dengan hukum perbuatan ketika beramal (al-akhdzu bil asbab). Ini kerana, ia adalah dua perkara yang berbeza. Dalil-dalilnya juga berbeza. Rasulullah S.A.W. senantiasa bertawakal kepada Allah S.W.T., dan pada waktu yang sama baginda juga beramal dengan berpegang kepada hukum sababiyah. Baginda telah memerintahkan kepada para sahabat agar melakukan kedua perkara tersebut, baik yang ada di dalam al-Quran atau al-Hadis. Misalnya baginda telah menyiapkan kekuatan yang mampu dilakukan, seperti menutup sumur-sumur semasa perang Badar dan menggali parit semasa perang Khandak. Baginda pernah meminjam baju besi daripada Sofwan untuk berperang, mengirim pengintip, memutuskan air dari Khaibar, dan mencari maklumat tentang kaum Quraisy ketika peristiwa fathul Makkah. Baginda juga memasuki Makkah dengan mengenakan baju besi. Di samping itu, baginda juga pernah melantik beberapa orang sahabat sebagai pengawal peribadinya.

Penyedap halwa telinga: Turning Tables - Adele

0 comments:

Post a Comment

 
  • kacaufikiran © 2012 | Designed by Designer Link, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes